Tuesday 13 December 2011

Mari belajar asas tolak 1-10

Hari ini, saya ingin berkongsi sedikit maklumat berkenaan kaedah mengajar kemahiran asas menolak. Mengajar asas menolak bagi murid yang lambat perkembangannya memerlukan guru menyediakan bahan bantu mengajar yang secukupnya.
‘Menolak dalam lingkungan 10′

Untuk mengajar asas menolak, guru perlu menyediakan bahan bantu mengajar yang cukup terutamanya untuk mengukuhkan pemahaman murid kerana kemahiran ini perlu diberi contoh dan diulang berkali-kali supaya murid benar-benar memahami konsep menolak.
Sebagai contoh,

Soalan 1 : 9 - 5 = ?
Soalan 2 : 8 - 3 = ?

• Setiap murid diberi pembilang (contoh : lidi,gula-gula atau bahan lain yang sesuai) berjumlah 9.
• Minta murid kira objek pembilang masing-masing sehingga 9.
• Ulang baca soalan dan nyatakan jumlah asal sebelum ditolak iaitu 9.
• tekankan simbol ” – ” kepada murid dan minta murid sebut nama simbol berkenaan.
• Soal murid berapa jumlah yang hendak ditolak daripada 9 tersebut.
• Kemudian minta murid keluarkan dan asingkan 5 daripada 9 objek pembilang masing.
• Tanya murid sama ada jumlah tersebut semakin berkurang atau semakin bertambah.
• Kemudian minta murid kira jumlah pembilang yang tinggal.
• Bimbing murid di mana hendak menulis jawapan dan minta murid bacakan jawapan seperti berikut : 9 - 5 = 4 sebagai ‘nine minus five equal four

No comments:

Post a Comment